Blok Pembangkang diharap dapat mencari penjelasan mengenai status pelaksanaan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 2019, iaitu penurunan had umur pengundi kepada 18 tahun, dan pendaftaran automatik pengundi.<br />Pengasas Bersama Undi 18, Tharma Pillai berkata, sidang Parlimen pada 13 September nanti merupakan medan terbaik untuk menagih janji dan komitmen kerajaan mengenai hak demokrasi anak muda tersebut.